 |
 |
 |
Penyertaan untuk Siri-1 telah habis ditempah. Kini penyertaan untuk Siri ke-2 dibuka!
Video Testimonial PhotoCamp Siri-1
|
 |
|
 |
 |
|
Jika anda tergolong dalam salah satu atau lebih dari golongan-golongan ini, anda PERLU sertai PhotoCamp
-
Ingin menjadi seorang jurugambar Professional dengan etika dan pendapatan seperti atau lebih dari jurugambar professional di negara barat.
- Meminati fotografi lebih dari kerjaya yang anda lakukan sekarang. Jangan siksa diri anda kerana fotografi juga boleh menjana pendapatan 1 tahun gaji anda dalam masa 1 bulan dengan cara, teknik dan strategi yang betul. Dengarkan kisah benar dari Pengetua PhotoCamp 2008 yang akan bercerita tentang teknik dan strategi ke arah itu.
- Sedang mencari-cari keyakinan dan arah tuju untuk menjadikan fotografi sebagai kerjaya hidup anda.
- Ingin memajukan teknik-teknik fotografi anda sehingga anda mampu untuk mencipta stail anda yang tersendiri.
- Masih termanggu-manggu bagaimana caranya untuk anda mencipta dan menjaga follower / supporter anda sehingga anda tidak perlukan iklan sebagai agen penjenamaan diri anda.
- Ingin tahu tentang hampir kesemuanya tentang kerjaya dalam fotografi.
|
 |
|
 |
|
 |
 |
APA ITU PhotoCamp ?
Pernah menjadi tanda tanya bagaimanakah teknik yang telah dilakukan dalam melatih jurugambar CandidSyndrome sehingga menghasilkan photographer yang dikatakan “Cream of the Cream” dalam bidang fotografi. Modul dan teknik praktis yang dipanggil “Asah Mata” , “Benchmarking”,dan “Kritik Session” merupakan elemen-elemen latihan penting yang ada di belakang tabir pasukan fotografer CandidSyndrome.
Kini elemen-elemen ini yang telah berjaya melatih jurugambar CS dari beginner kepada professional dan kini kesemuanya telah mencipta porfolio melangkaui garis sempadan antarabangsa. Bagaimanakah bentuk latihan itu? Bagaimanakah konsep asah mata? dan apakah yang berlaku semasa “Critic Session” yang dijalankan secara mingguan di CandidSyndrome? Kami dedahkan semua itu dalam PhotoCamp
Kini semuanya boleh dirasai oleh anda, dengan menyertai Camp 3 hari 2 malam. Kem fotografi yang bakal memberikan anda impak dan jalan yang lebih jelas ke manakah arah tuju anda dalam bidang fotografi dan bagaimana anda boleh menukarkan sesuatu yang biasa kepada luar biasa.
Tambahan lagi, team penganjuran ini terdiri dari jurugambarr-jurgambar DiRaja, jurugambar Perkahwinan Selebriti dan team jurugambar elit yang mempunyai rekod kerja yang sangat memberangsangkan. Lawati hasil kerja setiap mereka di www.candidsyndrome.com |
 |
|
 |
 |
 |
 |
Tempat : Agrotek Garden Resort,
Hulu Langat (20 minit dari KL,)
Klik disini untuk peta
Jangkamasa : 3 hari 2 malam
Bahasa : Melayu dan Inggeris
KOMPOSISI KURSUS
- Teori : 30%
- Sesi Kritik : 20%
- Praktikal : 50%
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
MODUL LATIHAN
- Asas & Seni Melihat (Art of Seeing) – Saiful Nang
- Hubungan Aperture, Shutter & ISO
- Komposisi
- Pencahayaan Semulajadi
- Sudut Fotografi
- Framing
- Sudut kreatif
- Pencahayaan dan teknik fotografi di lokasi – Ted Adnan
- Portable flash
-.Penggunaan reflector
-.Manipulasi cahaya semulajadi dan cahaya “Flash”
- Benchmark & Case Studies– Di penghujung program ini, peserta sudah mampu membezakan gambar biasa dan gambar yang hebat.
- Pengiraan Kos, Pemasaran & Etika Professional – Belajar tentang rahsia pemasaran yang efisyen tanpa iklan dan tanpa modal yang tinggi. Saiful Nang akan berkongsi cara beliau memulakan fotografi dengan modal RM90 hingga ke RM1 juta dalam masa kurang 2 tahun.
- Teknik Pengarahan fotografi – Modul ini akan dijalankan dengan kaedah “Gerak Kerja Luar” yang mana peserta akan diterangkan secara teori asas pengarahan. Cabarannya, kita TIDAK AKAN menggunakan model professional, sebaliknya kami akan cuba menyediakan model yang tidak professional untuk modul pengarahan. Dalam realiti potret dan perkahwinan, anda juga akan sering berhadapan dengan pelanggan-pelanggan yang bukan seorang model.
- Asah Mata– Ini merupakan modul pengajaran asas jurugambar-jurugambar CandidSyndrome. Peserta dikehendaki pergi ke 1 tempat yang telah ditetapkan oleh PhotoCamp yang sudah dikenalpasti sebagai tempat yang ”biasa” dan bukannya tempat-tempat peranginan yang cantik untuk menjadi lokasi pengambaran. Asah Mata akan menjadi program terakhir peserta dalam program PhotoCamp ini kerana dengan cara ini, peserta akan dapat mengaplikasikan segala modul-modul yang telah disampaikan kepada mereka. Asah Mata akan dibuat secara berpasukan.
- Showcase (Pameran Akhir) – Modul ini akan melibatkan lawatan pengkritik-pengkritik professional juga. Di sini kita akan membuat susunan gambar-gambar yang telah anda hasilkan sepanjang 3 hari kursus. Dan lebih menarik, gambar anda SEBELUM PhotoCamp juga akan dipamerkan sekali. Di sana anda lihat, sejauh mana anda telah pergi selama 3 hari. Peserta terbaik akan dinilai di peringkat ini oleh Pengkritik Professional.
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
Kelebihan Kursus “Ala Camp”
Telah terbukti keberkesanan kursus yang melibatkan “stay” seperti di kem-kem training. Suasana dan access tanpa had kepada fasilitator-fasilitator yang terdiri dari jurugambar-jurgambar professional yang diletakkan sebilik dengan peserta memberikan peluang untuk lebih personal dan lebih akrab. Suasana begini terbukti melalui kajian memberikan impak pembelajaran 500% . Kenapa sehingga 500% keberkesanannya? kerana anda boleh tanya apa sahaja tentang fotografi kepada para professional yang kita bawakan. Berbanding dengan suasana dalam kelas, yang mana kebiasaanya peserta menunggu semasa waktu rehat untuk bertanya lebih mendalam berbanding bertanya semasa di dalam kelas.
Konsep “PhotoCamp” ialah 1 konsep keakraban antara Amatur dengan Professional dalam bidang fotografi dan ini adalah yang pertama kalinya diperkenalkan kepada peminat-peminat fotografi di Malaysia.
Akses kepada tenaga pengajar professional hampir tiada batasan. Semasa sesi berkumpulan, sesi praktikal, semasa santai, di asrama, semasa makan dan banyak lagi masa yang anda dapat bersama professional-professional ini. Ratio antara tenaga pengajar adalah pada kadar 1:5 orang. Ratio yang kecil dan dengan aktiviti yang telah dirancangkan, satu persaingan akan diadakan antara kumpulan dengan kumpulan.
Antara professional yang bakal terlibat sebagai fasilitator ;
- Saiful Nang (Pengetua PhotoCamp 2008)
- Adi Nang (Fasilitator)
- Udey Ismail (Fasilitator)
- Mukhriz Latif (Fasilitator)
- Shafiq Akmal (Fasilitator)
- Jay Farhana (Fasilitator)
Professional jemputan
- Ted Adnan (Penataan cahaya)
Panel Penilai Sesi Kritik
- Saiful Nang
- Ted Adnan
- Che Ahmad Azhar
- Jay Ismail
- Didiz (fotokahwin.com)
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
Saiful Nang, 29, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Media Filem & Animasi, Universiti Multimedia dikenali sebagai seorang jurugambar perkahwinan selebriti di Malaysia. Nama beliau dikenali dirantau ini kerana minatnya yang mendalam dalam aliran fotografi. Setelah lebih kurang 5 tahun berkecimpung dalam bidang fotografi secara serius, kini beliau menerajui syarikat Colours of Asia Sdn Bhd (Syarikat yang memegang hakmilik kepada CandidSyndrome International) yang kini berpengkalan di Kuala Lumpur dan bercawangan di Bandar Seri Begawan.
Beliau mengambil pengkhususan dalam Komunikasi Visual semasa menjadi pensyarah di Universiti Limkokwing selama 2 tahun ketika beliau berumur 21 tahun. Dengan pengetahuan yang mendalam dalam Komunikasi Visual, beliau beralih menggunakan kamera sebagai medium komunikasi visual. Beliau pernah beberapa kali diberikan penghormatan bagi menjadi kumpulan jurugambar rasmi kepada perkahwinan diRaja Brunei dan perkahwinan-perkahwinan selebriti ternama Malaysia. Antara selebriti yang pernah mendapat sentuhan beliau dan team CandidSyndrome ialah seperti Erra Fazira & Ning Baizura. Perjalanan kerjaya beliau telah menjelajah sehingga ke London, Dublin, Paris, Italy, Bangkok, Jakarta, Bali, Melbourne, Brunei, Mumbai, Cairo, Alexandria, Riyadh dan banyak lagi tempat-tempat lain di dunia. Sering menjadi liputan media apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang ditawarkan untuk mengadakan pameran di Carroussel Du Louvre, Paris (sebumbung dengan lukisan legenda Monalisa karya Lenardo DaVinci).
Dengan kejayaan beliau semasa usia belum mencecah 30 tahun, kini beliau menerajui sebuah pasukan jurugambar perkahwinan sepenuh masa yang terbesar di Malaysia dengan kira-kira 6 jurugambar senior bersama 11 jurugambar junior dan puluhan jurugambar dalam peringkan perantis. Minat beliau yang mendalam dalam bidang fotografi perkahwinan, beliau pernah mendapat beberapa jolokan dalam media cetak serta elektronik dan juga blog-blog peminat fotografi tempatan, antaranya “The Magic Finger”, “The Milionnaire Photographer”, “Wedding Sifoo”. Kini selain dari menjadi jurugambar perkahwinan, beliau juga merupakan pengasas “Photoskool.Net” sebuah portal online fotografi yang khusus untuk peringkat “beginner” yang kini telah disertai lebih 6,000 pelajar maya.
Pengalaman memberikan kursus dan tunjuk ajar kepada golongan yang meminat fotografi telah membuatkan beliau sibuk ke serata rantau untuk memberikan workshop fotografi. Antaranya, beliau pernah dijemput oleh kumpulan jurugambar professional Brunei untuk memberi “Photography Talk” di SEMEO Voctech, Bandar Seri Begawan, Kuching Sarawak, Multimedia Universiti, UiTM, Universiti-universiti dan politeknik-politeknik. Kredibiliti beliau sebagai seorang professional yang mampu menjabarkan ilmu fotografi sememangnya tidak dapat disangkal lagi, apatah lagi beliau merupakan seorang bekas pensyarah di Universiti terhebat dalam bidang seni dan mempunya rekod yang menarik dalam masa yang sangat singkat. |
 |
|
 |
 |
 |
 |
PAKEJ TERMASUK
- T-Shirt Rasmi PhotoCamp
- Nota-nota Kursus
- Thumbdrive 1Gb
- Sijil
- Guide Trekking
- Model-model selama 3 hari
- Penginapan dalam Asrama (Dengan kemudahan TV, Astro & Bilik Mandi dalam)
- Makanan disediakan 6 kali sehari
- Penggunaan lens demo dari Canon bagi pengguna-pengguna camera Canon (TBC)
SYARAT PENYERTAAN
- Berumur 15 tahun ke atas.
- Sekurang-kurangnya memiliki / meminjam sebuah Digital SLR
- Sihat tubuh badan dan tidak menghidap penyakit-penyakit kronik
- Sanggup untuk mengikuti aktiviti-aktiviti lasak seperti “trekking”.
- Berdisiplin mematuhi jadual program yang padat
- Mesti sanggup menginap di asrama yang disediakan penganjur walaupun rumah peserta bersebelahan dengan resort latihan (Kecuali kes kecemasan).
- MINAT dalam bidang fotografi sebagai hobi mahupun kerjaya.
- Sila emailkan 3 keping gambar terbaik anda setelah pembayaran deposit dibuat. Ini adalah untuk membuat perbandingan gambar anda sebelum dan selepas PhotoCamp ini. Gambar sebaik-baiknya dalam kategori Perkahwinan, Potret dan Lanskap sahaja. Email kan ke hudaainiyah@candidsyndrome.com
APA YANG PERLU ANDA BAWA?
- Lampu picitt
- Barang-barang keperluan peribadi (selimut, tuala, sabun, shampoo dan lain-lain)
- Kasut yang sesuai untuk aktiviti praktikal outdoor & trekking
- Komputer Riba (Bagi mengelakkan beratur untuk giliran kerana penganjur akan menyediakan 2 buah komputer, 1 iMac + 1 PC) Keselamatan barang-barang berharga seperti komputer riba dan kamera akan dijaga oleh petugas keselamatan khas yang disediakan oleh pihak kem.
- Pakaian yang sesuai (Baju tidak berlengan dan skirt pendek tidak dibenarkan)
- Kamera, Lens & Charger.
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
AKTIVITI PROGRAM
- Kelas Teori
- Benchmarking
- Asah Mata
- Photo Hunting
- Night Portraiture
- Critic Session
- Santai Fotografi (informal session)
- Photorace
- Online Alumni
Kelas Teori : Program dalam dewan kursus yang lebih menjurus kepada pembangunan ilmu secara teori yang bakal disusuli dengan sesi praktikal.
Benchmarking : Ini merupakan proses meletakkan kayu ukur kepada pembangunan skill peserta dengan cara menayangkan slide kira-kira 300-500 gambar yang dalam kombinasi 3 kategori. Terbaik, Biasa dan Teruk. Praktis ini akan menjadi rutin pada setiap sesi kursus teori dalam bilik darjah.
Asah Mata : Kebiasaan sesi potret akan mengambil lokasi-lokasi menarik. Tetapi untuk kali ini, sesi praktikal akan di adakan di lokasi yang pada pandangan biasa tidak menarik. Program Asah Mata ini akan diadakan di Pekan Batu 14, Hulu Langat. No lake garden, No KLCC Park, No Bukit Bintang. Cabar kreativiti anda untuk mencipta keunikan dalam gambar-gambar anda.
Photo Hunting : Bangun seawal jam 5.30 pagi dan trekking selama 1 jam dalam hutan yang gelap ke arah sebuah air terjun semulajadi bagi mencari “1st Light”.
Night Portraiture : Aktiviti mencabar kreativiti dengan limitasi dan cabaran pencahayaan yang kurang baik boleh mencetuskan kreativiti dalam menyelesaikan masalah secara yang lebih menarik dan kreatif. Program ini akan dijalankan dalam kumpulan.
Critic Session : Dihadiri oleh beberapa nama-nama besar dalam fotografi untuk mengkritik hasil kerja anda / kumpulan selama seharian dihadapan peserta-peserta lain. Ted Adnan, Jay Ismail, Shamsyarin, Din Arshad, Che Ahmad Azhar dan beberapa lagi professional bakal dipanggil untuk memanaskan kerusi pengkritik pada setiap malam selama 2 malam. Sesi ini dijangka sesi paling panas dan sesi paling berkesan. Critic Session juga merupakan sesi mingguan jurugambar CandidSyndrome dan antara kunci terkuat dalam latihan fotografer.
Santai Fotografi : Sesi ini merupakan 1 keistimewaan terbesar dalam kem ini. Ini kerana, peserta dapat bertanya secara berhadapan dalam keadaan santai di asrama, di tempat makan dan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai. Saiful Nang, Prinsipal CandidSyndrome International juga akan berada di kem 24 jam dan beliau juga akan berada di salah 1 dom asrama peserta. Anda berhak bertanya segala-galanya secara berhadapan.
Photorace : Ini merupakan persaingan di antara kumpulan. Penilaian akan dibuat melalui beberapa kriteria utama antaranya Integriti berkumpulan, kreativiti menterjemah tema yang diberi dan beberapa aspek lain yang pada pandangan juri-juri professional adalah wajar.
Online Alumni : Untuk memastikan pembangunan yang berterusan selepas kem tamat, setiap peserta akan diberikan email jemputan bagi menyertai satu forum TERTUTUP sebagai tempat merujuk dan bertanya serta berkongsi perkembangan individu secara peribadi dalam kerjaya |
 |
|
 |
 |
 |
 |
PELABURAN ANDA
|
RM 1,500 – Biasa
RM 1,100 – EARLY BIRD
(10 pendaftar pertama)
RM 1,300 – Photoskool forumer
(Register free now to enjoy this rate)
RM 1,000 – Pelajar undergrad dan kebawah
RM 1,600 – Pembayaran melalui LO kerajaan
Tarikh tutup penyertaan siri ke-2: 1 Oktober 2008
|
Deposit untuk tempahan tempat : RM400
(Baki dibayar semasa pendaftaran)
Pengesahan bagi badan kerajaan : PO / LO
Terma & Syarat :
- Deposit tempahan tidak akan dikembalikan, tetapi peserta boleh
mencari peserta lain bagi menggantikan tempahan yang telah dibuat.
- Penyertaan di kira “CONFIRM” setelah deposit dibuat. Tempahan
secara verbal tidak akan dikira sebagai tempahan “confirm”.
- Penganjur PhotoCamp 2008 akan sedaya upaya elaksanakan segala
yang dirancang, walaubagaimanapun PhotoCamp 2008 berhak untuk
menggubah bagi menyesuaikan atau menambahbaikkan kualiti kursus yang difikirkan wajar dan PhotoCamp berhak untuk menunda atau membatalkan PhotoCamp bagi sebarang kemungkinan-
kemungkinan yang tidak dapat dikenalpasti tetapi tanggungjawab
kami terhad kepada pemulangan wang deposit kepada peserta-
peserta sahaja.
- Disiplin semasa perjalana PhotoCamp 2008 akan dititikberatkan. Walaubagaimanapun, TIDAK ADA PENDEKATAN CARA MILITAR akan digunapakai di dalam camp ini.
PENYERTAAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA DAN PENYERTAAN DIBUAT BERDASARKAN KEPADA SIAPA CEPAT DIA DAPAT. SEGALA RAYUAN UNTUK MENYERTAI SETELAH BILANGAN PESERTA CUKUP TIDAK AKAN DILAYAN.
NILAI WANG ANDA
- Bilangan peserta kepada jurulatih / fasilitator dgn nisbah 5:1 membolehkan proses pembelajaran lebih personal dan lebih berkesan.
- Sepenuh masa selama 3 hari membolehkan anda belajar dan TERUS mempraktikkan segala yang dipelajari dalam dewan dalam bentuk gerak kerja dengan PEMANTAUAN RAPI para jurulatih-jurulatih Professional.
- Bersama dengan kira-kira 10 orang jurugambar Professional dan beberapa jurugambar ikon di Malaysia sebagai jurulatih dan juga pengkritik.
- Mengandungi lebih dari 5 modul pembelajaran teori dan 5 sesi praktikal yang setiap satunya bernilai lebih dari RM250 jika dijalankan secara berasingan. Di PhotoCamp ini anda hanya perlu bayar RM1300 untuk kesemua tersebut dan dengan cara pembelajaran lebih efektif.
- Pembelajaran dua hala. Melalui teori dan gerak kerja. Cara ini penting kerana ilmu yang diperolehi tidak akan lupa dengan mudah.
- Jemputan alumni untuk bekas peserta melalui forum tertutup bagi mengikuti serta memberikan panduan lanjutan tentang pembangunan kerjaya dalam bidang fotografi. Alumni ini juga akan disertai oleh beberapa jurugambar professional lain sebagai penasihat dan pengkritik professional.
- Pelajari selok belok perniagaan fotografi bersama Saiful Nang, seorang jurugambar perkahwinan berstatus jutawan dalam tempoh kurang 2 tahun mengambil gambar perkahwinan. Apa rahsianya? akan beliau bongkarkan dalam PhotoCamp nanti.
- Peluang menggunakan peralatan-peralatan fotografi oleh Canon termasuk lensa-lensa kamera Canon yang bakal ditaja oleh pihak Canon Malaysia (TBC)
- Kesungguhan kesemua fasilitator yang juga akan mendapat hadiah yang lumayan jika berjaya membawa team mereka menjadi team terbaik.
|
 |
|
 |
|
 |
Sila cetak muka surat ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang bakal timbul pada masa akan datang. Klik sini untuk cetak |
 |
 |